Mendapat lebih 1.5 ribu perkongsian Resepi tauhu telur di Facebook

Resepi tauhu telur

Tauhu telur mempunyai tekstur yang lembut dan lembek. Rasa tauhu telur ini tidak terlalu masam dan tidak keras tidak seperti tauhu lain. Tauhu telur sedap dimasak dalam pelbagai resepi, ada tauhu telur masak sambal dan juga tauhu telur masak sup. resepi tauhu telur che nom ,resepi tauhu telur chinese style ,resepi tauhu telur sos tiram,resepi tauhu telur azie kitchen,

Resepi tauhu telur ni senang dan tak susah. Nampak ringkas tetapi sangat mengujakan, inilah resipi yang dikongsikan Mohd Rozmi di Facebook yang telah mendapat lebih 1.5 ribu perkongsian. Menu yang ringkas pun tidak bermakna tiada jawapan. Adakah anda ingin mencubanya? Jom baca sumbangan penuh beliau. resepi tauhu telur goreng,resepi tauhu telur goreng simple ,resepi tauhu telur goreng sos tiram,resepi tauhu telur sambal.

Resepi tauhu telur

Resepi Tauhu Telur Masak Sos Tiram

Bahan-Bahan

2 bungkus tauhu telur
1/2 brokoli
1/2 batang lobak merah
1 beg kecil cendawan tiram
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu sos tiram
1/2 kiub ikan bilis
Sedikit tepung jagung (guna jenama ini)
Semangkuk air

Resepi tauhu telur

Cara-Cara Penyediaan Resepi tauhu telur

Potong dan sediakan sayur-sayuran yang akan digoreng bersama tauhu telur nanti.

Potong tauhu telur jangan terlalu nipis sangat. Hati-hati, tauhu telur ini mudah hancur. Selepas potong, salutkan tauhu telurdengan tepung jagung terlebih dahulu sebelum digoreng supaya tidak hancur. Bila nak salut tepung ini kena hati-hati supaya tidak hancur.

Panaskan minyak dan goreng tauhu telur sehingga berubah warna perang kekuningan (pastikan minyak betul-betul panas). Jangan goreng terlalu lama.

Siap goreng ketepikan dulu.

Gunakan sedikit lebihan minyak goreng tauhu telur tadi, tumis bawang merah dan bawang putih.

Masukkan lobak merah, tumis sehingga bawang berubah warna.

Masukkan 3 sudu sos tiram.

Tambahkan semangkuk air.

Masukkan 1/2 kiub ikan bilis, sedikit gram dan gula (jika perlu) secukup rasa. Pandai-pandai perasakan mengikut citarasa sendiri.

Masukkan brokoli dan gaul sampai sebati.

Masukkan cendawan tiram.

Bila sayur dah masak elok, terus masukkan tauhu telur yang telah digoreng tadi.

Jangan masak terlalu lama, kilas sekali dua dah boleh ditup api. Abang suka sayur yang tidak masak terlalu layu. Dah siap untuk dihidang.

chef : rozmie