Resepi bubur asyura untuk hidangan awal muharam

Resepi Bubur Asyura

bubur asyura,resepi bubur asyura,resepi bubur asyura johor ,resepi bubur asyura simple,bubur asyura resepi,bubur asyura johor ,bubur asyura melaka .resepi bubur asyura ringkas,bubur asyura pahang,resepi bubur asyura kelantan.

Bubur Asyura merupakan menu yang dihidangkan oleh umat Islam pada bulan Muharram. Bubur Asyura pada asasnya terdiri daripada nasi, kekacang dan sayur-sayuran. Bubur Asyura sangat sedap dan kita semua sukakannya. Kini tidak perlu lagi menunggu bulan Muharram untuk merasai bubur Asyura ini. Anda boleh menyediakannya sendiri jika anda ingin merasai hidangan ini. Resipi ini dikongsikan oleh Azrina  dan telah dikongsikan secara meluas di media sosial. baca : resepi ayam black pepper mudah

Resepi Bubur Asyura

Bahan – bahan untuk Resepi Bubur Asyura

2 cwn beras
2 cwn santan
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sb udang kering*
2 cawan / lebih daging lembu / daging ayam kisar / cincang
1 sk serbuk lada putih
1 sk / lebih serbuk lada hitam
kacang kuda (direndam semalaman)
Sedikit daun sup (dipotong halus)
Kentang dan carrot secukupnya (dipotong dadu)
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng
3 sb rempah soto / rempah baryani
1 pkt sup bunjut
Rempah 4 sekawan
Air secukupnya
Serbuk perasa (ikut suka seperti serbuk pati ayam)

Resepi Bubur Asyura

Cara penyediaannya Resepi Bubur Asyura

Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, tumis seketika baru masukkan bahan kisar. Tumis hingga sedikit garing dan naik bau.

Bancuh perencah soto / beryani / sup dengan 1/2 cawan air, masukkan dalam tumisan tadi dan tumis seketika.

Masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih dan sup bunjut dan sedikit air dulu. Masak hingga daging separuh lembut.

Kacau seketika masukkan beras dan kacang kuda jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula dan serbuk pati ayam jika suka. Sentiasa kacau bagi mengelakkan bubur melekat.

Apabila nampak beras sudah kembang, baru masukkan kentang dan carrot.

Apabila kentang, carrot dan kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.

Perasakan dengan garam secukupnya.

Apabila sudah masak, tabur bawang goreng, kacang tanah goreng dan daun sup / daun saderi.

Sedia dihidangkan.