Resepi ayam masam manis sesuai untuk selera seisi Keluarga

Resepi ayam masam manis

Resepi ayam masam manis –  Resepi ini saya kongsikan dari FB dan nampak sangat sedap. Cili halia dan ayam goreng masam manis. Impian kami adalah untuk memasak makanan yang lazat untuk keluarga kami. Semoga anda semua terhibur dengan koleksi resepi yang saya kongsikan tadi. Seperti yang saya katakan, kebanyakan resipi yang dikongsi adalah dari pengalaman saya sendiri, rakan-rakan, dan juga rakan media sosial.
resepi ayam masam manis azie kitchen ,resepi ayam masam manis ala thai ,resepi ayam masam manis simple,resepi ayam masam manis che nom ,resepi ayam masam manis ala korea ,resepi ayam masam manis ala cina .resepi ayam masam manis mudah

Resepi ayam masam manis ala Thai Yang ni ala Thai

Bahan-bahan untuk masak Resepi ayam masam manis

3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
¼ cawan air
Garam
Lada sulah
Dada ayam

Bahan-bahan (sos masam manis):

3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili limau
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung
¾ cawan air

Bahan-bahan selebihnya:

1 biji bawang kuning
3 ulas bawang putih
1 biji lada benggala
2 biji cili merah
¼ cawan kiub nanas
Lada sulah

Cara-cara sediakan Resepi ayam masam manis

1. Gaul kesemua bahan salutan ayam.
2. Dalam mangkuk yang lain, gaul kesemua bahan sos masam manis.
3. Goreng ayam yang disalut hingga keemasan.
4. Kurangkan minyak sedikit dan tumis bawang kuning dan bawang putih.
5. Masukkan lada benggala dan cili merah. Gaul.
6. Masukkan campuran sos dan masak hingga pekat.
7. Masukkan kiub nanas dan gaul.
8. Masukkan lada sulah dan gaul.
9. Masukkan ayam yang digoreng itu tadi dan gaul hingga rata.
10. Siap untuk dihidang.

Resepi ayam masam manis

Kredit Resepi ayam masam manisfacebook